UNDANG-UNDANG DAN PANDUAN PELAJAR-PELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DAYA 3,
JOHOR BAHRU
PERKARA
1: KEHADIRAN
1.1 Semua pelajar mesti hadir ke sekolah pada
hari persekolahan.
1.2 Pelajar yang tidak hadir atas sebab-sebab
tertentu, ibu bapa atau penjaganya mesti menghantar surat doktor
kepada guru
tingkatan berkenaan.
1.3 Jika pelajar itu tidak hadir selama TIGA hari
berturut-turut tanpa surat dari penjaga atau ibu pada, pihak sekolah
akan
menghantar surat kepada ibu bapa atau penjaga. Jika tiada jawapan, surat akan
dihantar lagi. Jika tiada juga berita, tindakan yang lebih berat seperti
memotong nama mereka akan dibuat.
1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar
dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar, Penolong Kanan, HEM atau
Penolong Kanan Petang.
1.5 Pelajar-pelajar juga diwajibkan hadir untuk
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum pada hari dan waktu yang ditentukan (bawa
kad aktiviti).
PERKARA
2: KEDATANGAN
2.1
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan datang
lewat. Pelajar-pelajar sepatutnya berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit
sebelum loceng pertama dibunyikan
2.2 Pelajar-pelajar yang datang lewat tanpa
alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin.
2.3
Berniat untuk belajar bersungguh-sungguh
sewaktu menjejahkan kaki ke kawasan sekolah.
PERKARA
3: PERHIMPUNAN DAN SISTEM LOCENG
3.1
Sistem loceng: Masuk ke kelas (sesi
pagi)
a)
Loceng pertama – pelajar-pelajar
mesti berdiri tegak dan senyap di kawasan perhimpunan.
b)
Loceng kedua – pelajar-pelajar
bergerak dan berbaris di luar kelas (senyap) menunggu guru masing-masing.
c)
Pemeriksaan pakaian dan rambut
dijalankan.
3.2 Sistem loceng: Keluar kelas/waktu pulang
(sesi petang)
a)
Loceng pertama – pelajar-pelajar
berkemas dan bersiap sedia untuk pulang. Berbaris di luar kelas masing-masing.
b)
Loceng kedua – pelajar-pelajar
berjalan untuk pulang.
3.3 Semasa perhimpunan – semua pelajar wajib
hadir. Pelajar-pelajar berkumpul dan berbaris mengikut tingkatan seperti yang
ditetapkan.
3.4 Semasa ucapan dan pengumuman dibuat semua
pelajar dikehendaki sentiasa senyap dan memberikan perhatian.
3.5 Setelah perhimpunan selesai, pelajar-pelajar
mestilah berjalan mengikut barisan masing-masing menuju ke kelas berpandukan
arahan.
PERKARA
4: TUGASAN DI KELAS
4.1 Pelajar-pelajar yang bertugas pada hari itu
akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi sebelum loceng pertama dibunyikan.
Pelajar-pelajar lain sepatutnya tidak berada di dalam kelas.
4.2 Waktu rehat – semua pelajar dilarang berada
di dalam kelas.
4.3 Waktu balik – kelas mestilah berada dalam
keadaan bersih. Papan tulis mesti dibersihkan, meja dan kerusi
diaturkan.
4.4 Kelas mesti dihiasi dengan poster-poster dan
gambar/carta yang seringkali ditukar. Ada sudut bacaan untuk bacaan tambahan.
PERKARA
5: PAKAIAN SERAGAM
5.1 Tiap-tiap pelajar dikehendaki memakai
pakaian seragam sekolah yang telah ditetapkan semasa berada di sekolah pada
setiap masa. Pakaian ini mestilah bersih dan kemas.
5.2 Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian
seragam yang kemas ini dari rumah ke sekolah sehingga pulang ke
rumah.
5.3
Semasa pelajaran Pendidikan Jasmani
pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian khas yang telah ditetapkan
oleh guru
Pendidikan Jasmani.
5.4
PAKAIAN PELAJAR LELAKI
5.4.1 Baju berwarna putih berlengan pendek dengan
poket di sebelah kiri dan berbutang putih. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam
seluar setiap masa.
5.4.2 Butang baju mestilah dikenakan semuanya
kecuali di bahagian kolar.
5.4.3 Seluar panjang mestilah berwarna biru
seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Potongan seluar
mestilah potongan biasa, tidak berjahit tualang, tidak berpoket tampal dan
tidak berkaki besar atau ketat. Jean atau seluar berbentuk jean tidak
dibenarkan sama sekali. (Sila rujuk kepada Lamparian A)
5.4.4 Kasut kanvas putih dan sarung kaki pendek
putih. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kasut yang berjalur-jalur,
sandal, selipar atau sarung kaki berwarna/berjalur.
5.4.5 Lencana sekolah mesti dilekatkan di baju di
bahagian atas poket baju sebelah kiri. Tanda nama dijahitkan di atas poket
baju.
5.4.6 Talipinggang yang berhias dan kepala
talipinggang yang beranika bentuk tidak dibenarkan sama sekali. Ukuran lebar
talipinggang hendaklah tidak melebihi 3.75 cm (1 ½ inci).
5.4.7 Tidak dibenarkan memakai/membawa
barang-barang kemas (akan dirampas jika memakai)
5.4.8 Pelajar-pelajar lelaki Islam dikehendaki
memakai baju melayu, bersampin dan bersongkok pada hari Jumaat.
5.5
PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
5.5.1 Baju kurung berwarna putih (berpotongan
biasa) iaitu potongan leher mestilah berbentuk ‘teluh belanga’ bukan berbentuk
‘cehak musang’. Dan kain sarung berwarna biru yang telah ditetapkan.
5.5.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menconteng
atau menampal pada pakaian sekolah.
5.5.3 Memakai ‘blouse’ putih berlengan pendek.
‘Pinafore’ biru yang telah ditetapkan, tidak bertalipinggang, panjangnya
separas dengan lutut.
5.5.4 Pelajar-pelajar Islam adalah sangat
digalakkan memakai tudung/mini telekung. Pada hari Jumaat semua pelajar
perempuan wajib berbaju kurung dan bertudung.
5.5.5 Lencana sekolah bersama tanda nama
dijahitkan di sebelah kiri bahagian atas baju.
5.5.6 Pelajar-pelajar adalah dilarang memakai
atau menggunakan alat-alat solek atau barang-barang kemas ke sekolah. Jika
memakai, tindakan disiplin akan diambil.
5.6
PAKAIAN WAKTU PAGI/PETANG: (Luar waktu sekolah)
5.6.1 Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti
dan kemas.
5.6.2 Tidak dibenarkan memakai selipar/terompah di
kawasan sekolah. Pelajar-pelajar mesti memakai sepatu/kasut sukan. Memakai baju
T bercop sekolah adalah dimestikan.
PERKARA
6: RAMBUT DAN KUKU
6.1
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut
supaya sentiasa kemas dan pendek. Istilah pendek ialah:
a)
Rambut belakang tidak menyentuhi kolar baju.
b)
Rambut tepi tidak menyentuhi telinga.
c)
Rambut hadapan tidak menutupi dahi.
6.2
Rambut pelajar-pelajar lelaki mestilah
bersikat dan sentiasa kemas.
6.3 Pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan
janggut, misai dan ‘sideburn’.
6.4 Pelajar perempuan adalah dinasihatkan
berambut pendek. Jika berambut panjang menyentuhi atau melebihi paras bahu,
pelajar berkenaan diwajibkan mengikat rambut dengan riben berwarna biru gelap
atau hitam.
6.5
Pelajar-pelajar dilarang mewarnakan dan
menginaikan rambut.
6.6
Pelajar-pelajar juga dilarang menyimpan
kuku panjang dan dilarang mewarnakan kuku mereka. Kuku mestilah
sentiasa
pendek dan bersih.
PERKARA
7: TATATERTIB DAN KESOPANAN
7.1
DALAM BILIK DARJAH
7.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada dalam
bilik darjah sebelum pelajaran dimulakan pada waktu pagi kecuali
meraka yang
bertugas.
7.1.2 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga
alat-alat dalam bilik darjah. Ketua tingkatan mesti melaporkan
kepada guru
tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan.
7.1.3 Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar
tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru.
Sewaktu
pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar.
7.1.4 Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di
mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu terlebih
dahulu dan
minta kebenaran masuk.
7.2
WAKTU REHAT
7.2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di
dalam kelas, pejabat atau bilik guru. Kecuali jika ada urusan atas
kebenaran
guru berkenaan.
7.2.2 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.
7.2.3 Apabila loceng berbunyi menandakan habis waktu
rehat. Pelajar-pelajar dikehendaki dengan segera berbaris di
Dewan Kreatif.
7.3
DALAM BILIK GURU
7.3.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke
bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.
7.3.2 Tidak boleh mengambil apa-apa barang di
dalam bilik guru tanpa kebenaran atau arahan daripada guru.
7.4
DALAM PERPUSTAKAAN
7.4.1 Bilik perpustakaan adalah bilik dan tempat
unutk mentalaah. Tiap-tiap pelajar dikehendaki memelihara dan
mematuhi
peraturan-peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan dan mematuhi arahan
pengawas perpustakaan yang bertugas.
7.4.2 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian
seragam sekolah, walaupun bukan hari persekolahan.
7.4.3 Pelajar-pelajar dilarang memakai sandal atau
selipar.
7.5
DALAM MAKMAL, BILIK SENI LUKIS, BILIK
SAINS RUMAHTANGGA, BILIK PERUSAHAAN DAN SURAU
7.5.1 Tiap-tiap pelajar mestilah mematuhi
peraturan-peraturan bilik tersebut sebagaimana yang telah ditetapkan.
7.5.2 Pelajar-pelajar beratur dengan tertib diluar
kelas sebelum bergerak ke makmal sains, dan bilik-bilik lain atau ke
padang untuk
Pendidikan Jasmani. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising semasa
menuju ke tempat-tempat tersebut.
7.5.3 Ketua darjah dan penolongnya adalah
bertanggungjawab dalam perkara diatas.
7.5.4 Pelajar-pelajar
tidak dibenarkan membaca buku dan tinggal di dalam surau setelah selesai
menunaikan
sembahyang.
7.5.5 Pastikan semua pelajar mematuhi
langkah-langkah keselamatan terutama dalam makmal dan Bengkel Kemahiran Hidup.
7.6 PERSATUAN/KELAB DAN UNIT PAKAIAN SERAGAM
7.6.1 Pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab ke
atas kejayaan sesuatu persatuan/pertubuhan yang dianggotainya.
7.6.2 Pelajar-pelajar
yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti persatuan/kelab/pasukan beruniform
mestilah hadir pada
waktu yang
telah ditetapkan
7.6.3 Pelajar-pelajar yang hadir untuk menyertai
sebarang aktiviti persatuan/kelab/pasukan beruniform sama ada didalam atau
diluar sekolah mestilah berpakaian seragam yang lengkap.
7.6.4 Adalah menjadi kesalahan jika pelajar
mengkhianati persatuan/kelab/pertubuhan yang dianggotainya.
7.6.5 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian
seragam lengkap / T-shirt Kelab.
7.7
LATIHAN/PERMAINAN UNTUK RUMAH/SEKOLAH
7.7.1 Pelajar-pelajar dikehendaki patuh kepada
persatuan atau arahan guru yang bertanggungjawab mengenai latihan/permainan
rumah/sekolah.
7.7.2 Pelajar-pelajar sesi pagi yang datang
diluar masa persekolahan untuk latihan/permainan dilarang mengganggu
ketenteraman kelas sesi petang. Begitulah juga sebaliknya pelajar-pelajar sesi
petang yang datang untuk latihan/permainan pada waktu pagi.
7.7.3 Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di kaki
lima bangunan sekolah. Pelajar-pelajar hendaklah berada di kawasan padang
sahaja.
7.7.4 Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian
seragam sekolah dan membawa pakaian yang sesuai untuk permainan dan latihan
(baju T bercap sekolah)
7.7.5 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat
latihan/permainan tanpa guru yang berkenaan atau tiada arahan dari guru-guru
berkenaan.
PERKARA
8: KEBERSIHAN SEKOLAH
8.1 KEBERSIHAN BILIK TINGKATAN
8.1.1 Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik
darjah masing-masing.
8.1.2 Ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab
menyediakan jadual tugas kelas masing-masing dan memastikan tugas harian ini
dijalankan dengan sempurna.
8.1.3 Pelajar-pelajar dilarang membuang sampah di
merata tempat melainkan di dalam bakul sampah yang disediakan.
8.1.4 Sampah dalam bakul sampah hendaklah segera
dibuang ke tempat yang telah ditentukan. Sampah-sarap jangan ditinggalkan di
kaki lima atau disapu ke dalam longkang.
8.1.5 Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik
darjah masing-masing dengan alat-alat pembelajaran yang sesuai dan menarik.
8.2
KEBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH
8.2.1 Keadaan kawasan sekolah mestilah dalam keadaan
bersih dan cantik setiap masa.
8.2.2 Sampah hendaklah dimasukkan ke dalam tong
sampah yang disediakan di sekitar kawasan sekolah
8.2.3 Sebarang jenis sampah yang dijumpai di mana
sahaja di kawasan sekolah hendaklah dipungut.
8.3
KEBERSIHAN TANDAS
8.3.1 Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan tandas
dengan betul dan menjaga kebersihannya.
8.3.2 Pelajar-pelajar dilarang menconteng dinding
tandas dan lain-lain.
PERKARA
9: KANTIN
9.1 Apabila membeli makanan/minuman semasa
rehat, pelajar-pelajr dikehendaki beratur denga tertib dan ikut arahan guru
bertugas dan pengawas-pengawas yang bertugas.
9.2
Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika
makan atau mesti berada di kawasan kantin, tidak dibenarkan makan di tempat
lain.
9.3
Jangan tinggalkan mangkuk, piring yang
digunakan di atas meja, tetap hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang
disediakan.
9.4
Jangan tinggalkan sebarang jenis
pembalut makanan atau baki makanan di atas meja. Masukkan ke dalam tong sampah
yang disediakan.
9.5
Para pelajar dilarang membeli makanan di
luar waktu rehat.
9.6
Para pelajar tidak dibenarkan masuk ke
dalam kantin atau dapur kantin.
9.7
Semua pelajar dilarang membeli makanan
di luar kawasan sekolah sewaktu rehat, atau pergi makan di luar kawasan
sekolah.
9.8
Jangan salahgunakan kemudahan-kemudahan
yang disediakan seperti besen basuh tangan dan tong sampah.
PERKARA
10: PELAJAR YANG BERBASIKAL/BERMOTOSIKAL/BERJALAN KAKI
10.1
PELAJAR YANG BERBASIKAL
10.1.1 Para pelajar dilarang menunggang basikal dalam
kawasan sekolah bila-bila masa pun.
10.1.2 Semua basikal hendaklah diletakkan dengan
teratur di tempat letak basikal yang telah ditetapkan. Basikal mestilah
dikunci.
10.1.3 Semua basikal yang digunakan adalah lengkap
dengan loceng, brek hadapan dan belakang yang sempurna dan berlampu.
10.1.4 Pelajar-palajar jangan bersaing-saing di
jalanraya semasa datang atau pulang dari sekolah.
10.2
PELAJAR YANG BERMOTOSIKAL
10.2.1 Bagi pelajar yang bermotosikal hendaklah
melengkapkan diri dengnan lesen memandu, cukai jalan, topi keledar dan
kenderaan di dalam keadaan baik.
10.2.2 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
kepada sebarang kemalangan, kecederaan atau ditahan oleh pihak berkuasa.
10.2.3 Motosikal hendaklah diletakkan di kawasan yang
telah ditetapkan.
10.3
PELAJAR BERJALAN KAKI
10.3.1 Semua pelajar yang berjalan kaki diingatkan
supaya berjalan di sebelah kanan jalanraya.
10.3.2 Jangan bergurau atau bermain ketika berada di
jalanraya.
10.3.3 Sebelum melintas jalan, pandang ke kanan, dan
kiri jalan untuk memastikan keselamaan kamu. Jika di jalanraya besar lintas
setelah lampu isyarat memberi isyarat kamu boleh melintas.
PERKARA
11:
11.1
KELUAR KAWASAN SEKOLAH
11.1.1 Dalam masa persekolahan, pelajar-pelajar tidak
dibenarkan keluar dari kawasan sekolah. Jika ada urusan penting, pelajar
berkenaan diwajibkan meminta kebenaran daripada guru bertugas.
11.1.2 Pelajar yang memerlukan rawatan perubatan di
klinik dikehendaki mendapatkan surat dari pejabat sekolah dan ditandatangani
oleh guru bertugas. Setelah selesai mendapatkan rawatan, pulangkan semula borang
tersebut kepada guru yang berkenaan. Pastikan Pegawai Perubatan menandatangani
borang tersebut untuk menandakan kamu telah dirawat.
11.1.3 Jika diberi surat cuti sakit, serahkan kepada
guru darjah anda.
11.1.4 Sebelum keluar meninggalkan kawasan sekolah,
murid berkenaan hendaklah mencatatkan butir-butir diri kedalam buku ‘Catatan
Murid Keluar’.
11.2
GARIS KASAR/PERATURAN LAWATAN
11.2.1 Mesti menepati waktu.
11.2.2 Sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh
penganjur.
11.2.3 Sentiasa berpakaian kemas, bersopan-santun
serta hormat-menghormati di antara satu sama lain.
11.2.4 Anda dilarang meghisap rokok, dadah, meminum
minuman keras, berjudi dan sebagainya.
11.2.5 Setiap pelajar yang ingin menyertai sebarang lawatan/rombongan
hendaklah mendapatkan kebenaran dari pihak ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.
Pelajar mesti mengisi borang kebenaran melawat yang dikeluarkan oleh pihak
sekolah. Tanpa surat kebenaran penyertaan permohonan anda tidak dapat dilayan.
PERKARA
12: PEJABAT SEKOLAH
12.1 Semua pelajar tidak dibenarkan masuk atau
berada di sekeliling kawasan pejabat pada setiap masa.
12.2 Jika urusan atau diarah oleh guru, pelajar
dikehendaki meminta kebenaran masuk daripada pegawai yang bertugas.
12.3 Untuk menemui Tuan Guru Besar, para pelajar
dikehendaki meminta kebenaran dari kerani terlebih dahulu.
12.4 Semua pelajar tidak dibenarkan berkeliaran
di sekitar kawasan pejabat tanpa urusan tertentu.
PERKARA
13: PEMBAYARAN YURAN SERBAGUNA
13.1 Segala jenis yuran-yuran hendaklah
dijelaskan dalam penggal satu tiap-tiap tahun.
13.2 Yuran peperiksaan UPSR mestilah dijelaskan
mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak sekolah berdasarkan arahan daripada
Kementerian Pendidikan.
PERKARA
14: TATASUSILA/TINGKAHLAKU
14.1 Pelajar-pelajar hendaklah mengetahui nama
semua guru yang mengajar di sekolah ini.
14.2 Setiap pelajar hendaklah sentiasa
berkelakuan baik, bersopan-santun terhadap Guru Besar, guru-guru, pekerja sekolah,
pelawat-pelawat, ibu bapa dan rakan sekolah.
14.3 Pelajar-pelajar dilarang meludah di
merata-rata tempat di hadapan khalayak ramai atau meludah dari tingkat atas
bangunan ke bawah.
14.4 Para pelajar dilarang melakukan perkara
jenayah, mencuri, menghisap rokok, berjudi, menancam, bergaduh, menipu,
menyalahgunakan dadah dan perkara-perkara lain yang menjadi kesalahan di sisi
undang-undang negara dan bertentangan dengan tatasusila kemasyarakatan.
14.5 Para pelajar dilarang merayau-rayau dan
berkelakuan tidak sopan dalam kawasan sekolah. Juga dilarang ponteng kelas atau
ponteng sekolah.
14.6 Para pelajar hendaklah berkelakuan baik dan
bertata-tertib sapanjang masa, mengadakan lawatan-lawatan sambil belajar,
mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan akademik dan
sukan.
14.7 Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap
pelajar menjaga nama baik sekolah dan berusaha seberapa dayausaha meninggikan
dan mengharumkan nama sekolah ini.
14.8 Para pelajar dilarang membawa radio/kaset/walkman,
majalah hiburan dan pakaian yang tidak ada kaitan dengan aktiviti sekolah.
14.9 Semua perintah guru-guru hendaklah diikuti
dan diuruskan dengan teliti dan segera. Banyakkan membaca buku di rumah. Buat
kerja rumah yang diberi oleh guru dengan sempurna.
14.10 Pelawat-pelawat yang hendak berjumpa
anak/jagaannya mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan.
14.11 Para pelajar tidak dibenarkan membaca
atau membawa bahan bacaan yang tidak sesuai atau lucah ke dalam kawasan
sekolah.
14.12 Para pelajar hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan diri, pakaian, kelas dan kawasan sekolah. Sebaik-baiknya lima minit
sebelum loceng balik dibunyikan, pelajar-pelajar hendaklah membersihkan sampah
sarap dalam kelas dan di dalam meja masing-masing. Buangkan semua sampah ke
dalam tong sampah yang disediakan.
PERKARA
15: KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
15.1 Sebarang kerosakan harta benda sekolah di
dalam kelas dan kawasan sekolah mestilah dilaporkan dengan segera kepada guru
darjah, guru bertugas atau guru disiplin.
15.2 Pelajar yang didapati merosakan harta benda
sekolah dikehendaki membayar sepenuhnya harga barang yang dirosakkan.
15.3 Menjadi tanggunjawab semua pelajar menjaga
dan menggunakan dengan baik semua harta benda sekolah.
PERKARA
16: PENGAWAS
16.1 Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh
pihak sekolah. Mereka dipilih dari pelajar-pelajar yang mempunyai peribadi yang
baik, dapat memukul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan
tugas.
16.2 Pengawas-pengawas adalah bertanggunjawab
untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi
oleh semua pelajar di sekolah ini.
16.3 Semua pengawas berhak menegur serta memberi
arahan yang bersesuaian berdasarkan kepada peraturan-peraturan sekolah. Pelajar
dilarang menentang pengawas dan mestilah mematuhi setiap arahan-arahan
pengawas.
16.4 Pengawas-pengawas mestilah menunjukkan
sikap yang baik, mematuhi arahan, menjalankan tugas yang diberi dengan
sebaik-baiknya supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar-palajar lain.
PERKARA
17: TINDAKAN DISIPLIN
17.1 Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke
atas pelajar-pelajar yang melanggar undang-undang dan peraturan sekolah
mengukut jenis kesalahan.
a)
amaran
b)
amaran bertulis
c)
kelas tahanan
d)
dirotan
e)
penggantungan sekolah
f)
diberhentikan dari sekolah
17.2 Untuk kesalahan yang dianggap berat,
tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin Sekolah akan diambil ke atas yang
bersalah
tanpa amaran.
tanpa amaran.
17.3 Untuk kesalahan lain, yang bersalah akan
dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Sekolah untuk diambil tindakan.
a) Pelajar yang diberi surat amaran dari
Pengawas hendaklah melaporkan diri di Bilik Pengawas seperti yang diarahkan.
b)
Setiap kesalahan am termasuk datang
lewat lebih dari 3 kali tanpa sebab yang munasabah akan dihantar ke D.C. (Kelas
Tahanan)
c)
Pelajar yang diarahkan untuk
menghadiri D.C. dikehendaki hadir. Tindakan oleh Lembaga, Tatatertib Pelajar
akan diambil terhadap mereka yang tidak menghadiri kelas ini.
Catatan
Tiap-tiap kesalahan akan dicatit dan
dipertimbangkan apabila pihak sekolah mengeluarkan Surat Akuan dan Surat
Berhenti Sekolah
PERKARA
18: PERKARA-PERKARA TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT/BOLEH DIBUANG SEKOLAH
18.1 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.
18.2 Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan
jahat.
18.3 Memukul/menyakit/mencederakan guru-guru dan
kakitangan sekolah.
18.4 Mengancam guru-guru atau Pengetua.
18.5 Melanggar peraturan-peraturan dan
undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Pejabat Pelajaran.
18.6 Menulis kepada surat khabar tanpa
memberitahu pihak sekolah.
18.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.
18.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru
atau pelajar-pelajar lain.
18.9 Mencuri, memberi keterangan yang palsu dan
bersuhabat akan dikenakan tindakan keras.
18.10 Mengancam/perasugut pelajar-pelajar lain – ancaman yang serius
dan merbahaya.
18.11 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
18.12 Berjudi, meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan
sekolah.
18.13 Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah diberi amaran.
18.14 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/ Guru
Besar.
18.15 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang
sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.
18.16 Melanggar peraturan tatatertib atau
menangkis yang menurut budibicara Tuan Guru Besar sebagai pelanggar tatatertib
yang berat.
18.17 Pelajar perempuan tidak dibenarkan berdua-duaan dengan pelajar
lelaki dalam kawasan sekolah.
18.18 Berasmara atau berkelakuan sumbang di dalam bilik darjah atau
di kawasan sekolah.
18.19 Membawa, menyebar atau menontn video/cereka padat lucah atau
gambar dan buku lucah.
PERKARA
19: AM
19.1 Yuran mestilah dijelaskan dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Buku-buku Pinjaman
19.2 Semua buku pinjaman yang dipinjamkan kepada
pelajar-pelajar mestilah dipulangkan dalam keadaan yang baik kepada Guru Darjah
bila diarahkan.
Buku-buku mesti dipulangkan
a)
sebelum bertukar sekolah
b)
pada akhir tahun
c)
apabila diberhentikan dari sekolah
d)
apabila diarahkan oleh pihak sekolah
Peperiksaan
19.3 Pelajar-pelajar mesti mematuhi
peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.
19.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu peperiksaan berakhir lebih awal
dari waktu
sekolah kecuali mendapat arahan daripada Guru Besar.
19.5 Pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan
semasa cuti sekolah tidak dikecualikan daripada peraturan-peraturan dan
undang-undang sekolah.
Keselamatan Pelajar-Pelajar
19.6 Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar
sendiri. Pelajar mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan
aktiviti persatuan/kelab/sukan/permainan dan aktiviti di dalam bilik
darjah/makmal sains/bengkel. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat
ditanggungjawab oleh pihak sekolah.
SEMUA
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KE
SEMASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan