AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2012
1. Pendaftaran
dan Orientasi Tahun 1
Pendaftaran dan orentasi Tahun 1 ini dijalankan sehari awal sesi
persekolahan bermula. Murid-murid diberikan pendedahan awal tentang
sekolah,peraturan disiplin dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan
mereka dengan suasana persekolahan yang baru.
2. Kursus
Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan
motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka
bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang
diamanahkan.
3. Watikah
Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong
ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan
ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih
menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan
Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi
penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan
Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu
sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga
memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan
teknik-teknik memadam api dengan betul.
6. Sambutan
Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula
pada 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti
dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur
Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu,
acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu
patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan
kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
7. Program
Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi HPV Murid Tahun 1 diberikan kepada pelajar perempuan
sahaja dan Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tahun 6 pada pertengahan
Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran
iaitu Pejabat Kesihatan Johor Bahru .
8. Rawatan
Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan
pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan
memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.
9. Pertandingan
Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan
dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala
pusingan.
10. Gotong-royong
Perdana Peringkat Sekolah-Program Minggu 3K
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah
dengan kerjasama MPT, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi
memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih .
11. Program
Motivasi
Program Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tahun 6. Pelbagai
aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
12. Sesi
Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan
seorang di sesi petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program
kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah.
Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
13. Program
RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak
sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai
aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
14. Program
Ceramah Keselamatan Bersama AADK/Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak
polis dan AADK bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai
aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan
bagi memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang keselamatan diri
masing-masing.
15. Program
bersama Klinik Kesihatan Daerah Johor Bahru
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan
seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan
pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga
kesihatan agar sentiasa sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan