AKTIVITI 2012



AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2012

1.             Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1
Pendaftaran dan orentasi Tahun 1 ini dijalankan sehari awal sesi persekolahan bermula. Murid-murid diberikan pendedahan awal tentang sekolah,peraturan disiplin dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.

2.             Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

3.             Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.

4.             Sambutan Hari Guru
Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka.

5.             Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.

6.             Sambutan Bulan Kemerdekaan
Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 1 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu
patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.

7.             Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi HPV Murid Tahun 1 diberikan kepada pelajar perempuan sahaja dan Suntikan Pelalian Tetanus untuk murid Tahun 6 pada pertengahan Tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Pejabat Kesihatan Johor Bahru .

8.             Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

9.             Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.

10.           Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah-Program Minggu 3K
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MPT, Majlis Perwakilan Penduduk, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih .

11.           Program Motivasi
Program Motivasii dijalankan kalangan murid-murid Tahun 6. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.

12.           Sesi Kaunseling
Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.

 13.           Program RIMUP
Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.

14.           Program Ceramah Keselamatan Bersama AADK/Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis dan AADK bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang keselamatan diri masing-masing.

15.           Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Johor Bahru
Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan