Ahad, 22 Julai 2012

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS


A.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1.         Mengawal disiplin pelajar.
2.         Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
3.         Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4.         Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
4.         Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
5.         Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
6.         Memimpin rakan-rakan pelajar.
7.         Mencegah kes jenayah di sekolah.
8.         Menghormati guru.
9.         Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
10.        Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
11.        Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
12.        Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
13.        Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
14.        Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
15.        Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
16.        Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
17.        Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
18.        Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat

B.         BESAR TUGASPENGAWAS & KETUA KELAS

1.         Bertindak sebagai PENDEDAH
2.         Bertindak sebagai PEMBIMBING
3.         Bertindak sebagai BADAN PERUNDING
4.         Bertindak sebagai MOTIVATOR/PENDORONG
5.         Bertindak sebagai PERANCANG
6.         Bertindak sebagai ROLE MODEL

C.         Perincian Tugas KECIL Pengawas di sekolah

1. Pintu Pagar
2. Di Kantin
3. Perhimpunan Sekolah
4. Di kelas
5. Di Koperasi
6. Majlis Perasmian/Perayaan


D.         Prosedur Bertugas Di Pintu Pagar Sekolah

1.         Kawalan di Pintu Pagar sekolah secara berkumpulan sama ada di hadapan atau di belakang kawasan sekolah.
Masa
Dekati pelajar yang dikesan melakukan kesalahan secara berhemah
Panggil namanya
Tegur dengan cara yang baik
Tanya perkara yang menyebabkan pelajar lewat (Sekiranya lewat) Cth. Boleh awal sikit ke sekolah
Sekiranya baru kali pertama-nasihatkan sahaja
Sekiranya kesalahan yang berulang acapkali-catatkan dalam buku rekod kawalan

2.         Catat dalam Rekod kawalan berkaitan kesalahan pelajar berkaitan:
Kesalahan Lewat ke sekolah
Tidak memakai topi keledar
Seluar saiz tidak menepati ukuran
Tidak memakai lencana-perempuan
Tidak memakai tali leher
Rambut panjang
Tidak memakai stoking
Pastikan masuk ke kawasan sekolah dengan basikal yang dibawa dan disusun dengan teratur

3.         Prosedur Bertugas Di Kantin dan koperasi sekolah Sekolah
Kaunter membeli-pastikan pelajar beratur mengikut saluran tertentu
Meja makan lelaki /perempuan
Duduk bersopan, lepas makan minta masukkan dalam bekas yang disediakan
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising ketika makan
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya, sekali sekali senyum dan jeling
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Beritahu secara baik
Sekiranya pelajar degil juga –perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

4.         Perincian Tugas Pengawas SekolahProsedur Bertugar Di Dewan/ Majlis Rasmi sekolah
Berada dalam kedudukan masing
Tidak berkumpul dalam kelompok pengawas sahaja
Dekati pelajar yang cenderung terlampau bising
Beri isyarat jangan bising
Perhatikan tingkah lakunya atau kelakuannya
Tegur kesalahan secara berhemah
Sebut namanya sekiranya tahu atau panggilan bersopan
Sekiranya pelajar degil juga-perhatikan sahaja pada masa yang sama kesan namanya.
Catat dalam buku laporan

PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2013






Sabtu, 21 Julai 2012

SEKOLAH BEBAS DENGGI

AEDES

Hari ni kita berkenalan pula dengan Nyamuk Aedes, dan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes, iaitu Demam Denggi. perkataan aedes adalah berasal dari perkataan Greek, iaitu AEDES yang bermaksud “tidak menyenangkan”.

Nyamuk Ades

Virus Denggi
Tujuan pemplet ini diedarkan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua guru dan murid SKTD3, betapa bahayanya demam denggi Ini sehingga boleh membawa maut !

Tanda & Gejala Demam Denggi
• Demam mengejut dengan sakit kepala yang teruk
• Sakit di belakang bebola mata
• Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
• Gatal-gatal
• Bintik-bintik merah terang
• Sakit perut, dan muntah-muntah
• radang hati, paru-paru, dan otot jantung

Bagaimana Demam Denggi Berjangkit
• Nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi
• Seorang yang sihat digigit nyamuk aedes
• Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya
• Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Pencegahan
• Menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi
• Menghapuskan tempat takungan air (seperti bekas pasu bunga)
• Penggunaan ubat jentik-jentik
• Gunakan kelambu
• Fogging atau semburan
• Yang paling penting pastikan kawasan kediaman anda sentiasa bersih dan selamat.

Denda RM500 biarkan tempat pembiakan

Pejabat Kesihatan akan mengenakan denda sehingga RM500 terhadap mereka yang membiarkan rumah menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.


HUKUM BERTATU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
     
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud : Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)
     
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.
Maklumat lanjut sila klik di sini. 

TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

TUGAS AM

Waktu Bertugas Sesi Pagi : 6.50 PAGI - 1.45 PETANG
Waktu Bertugas Sesi Petang :12. 30 TGHARI  - 6.30 PETANG

Guru-guru yang bertugas pada hari tersebut hendaklah datang sebelum pukul 6.50 pagi/12.30 tghari untuk memantau pelajar-pelajar harian yang masuk ke sekolah pada waktu pagi. Sila beri perhatian terhadap perkara-perkara berikut :
(a)   Pakaian seragam pelajar lengkap dan kemas
(b)   Buat rondaan di kawasan blok kelas, tandas pelajar, bengkel, makmal, dan kantin, dan
(c)   Dari masa ke semasa lakukan pemeriksaan mengejut terhadap beg sekolah pelajar.
(d)  Mengamalkan konsep sekolah penyayang – mengalu-alukan kehadiran pelajar dengan ucapan dan perbuatan.

1.   Perhimpunan Pagi:
(a)   Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan. Tindakan segera perlu diambil jika pelajar ponteng perhimpunan – maklumkan Guru Kelas, Guru Disiplin, PKHEM dan  ibu bapa pelajar
(b)   Memastikan pelajar beratur dengan kemas mengikut kelas.
(c)   Memastikan bendera-bendera dan pembesar suara telah disediakan.
(d)   Memastikan tempat duduk guru disediakan pada hari Isnin untuk Perhimpunan Mingguan.

2.   Waktu Rehat:
(a)   Mengawasi disiplin pelajar dengan membuat rondaan di kawasan sekolah termasuk tandas pelajar, bengkel, makmal, kantin dan kelas.
(b)  Memastikan pelajar beratur dengan kemas masuk kelas dan menepati waktu selepas tamat waktu rehat.
(c)  Ucapan/Pengumuman

3.   Waktu balik tengah hari:
(a)   Mengawasi pelajar balik pada waktu tengah hari
(b)   Memastikan pelajar menepati waktu semasa keluar kelas iaitu selepas loceng berbunyi
(c)   Memastikan keselamatan pelajar balik tengah hari dengan membuat rondaan di pintu pagar utama sekolah.
(d)  Mengamalkan konsep sekolah penyayang.

TUGAS KHUSUS

GURU PERTAMA
Menjadi Ketua Guru bertugas mingguan / harian
Ketua pengelola perhimpunan mingguan / harian ( atur cara kerja )
Memastikan murid telah beratur dengan kemas
Berucap dalam perhimpunan mingguan - laporan guru bertugas.
Memastikan tiada pelajar berada di kelas pada waktu rehat.
Mengawasi dan memantau kebersihan kawasan sekolah.
Membuat pengumuman semasa rehat ( jika ada )
Memastikan pengawas bertugas menyimpan kerusi dan meja selepas selesai perhimpunan.
Pada hari Jumaat, memastikan tikar dan segala keperluan program MAKDIStelah disediakan sebelum majlis bermula
        Buku Perhimpunan Rasmi Isnin
        Buku Aktiviti Makdis
        Buku Aktiviti Moral

GURU KEDUA:
Menulis laporan perhimpunan dan laporan harian dalam buku laporan.
Mencatat peristiwa sekolah dalam buku laporan harian guru bertugas sekolah.
Mengawasi kebersihan kawasan sekolah.
Membantu mengelola/ mengurus perhimpunan mingguan dan harian.
Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah/aktiviti-aktiviti yang dijalankan disekolah sepanjang minggu/hari dan kalau perlu laporkan terus kepada Guru besar supaya tindakan segera dapat diambil.
Menyediakan sijil dan hadiah kelas terbersih
         Buku Pertandingan Kelas Terbersih
         Buku Laporan Harian Guru Bertugas Sekolah
         Buku Catatan Perhimpunan

GURU KETIGA :
Berada di pintu pagar sekolah pada awal waktu persekolahan dan pada akhir waktu persekolahan untuk memantau dan mengawasi pelajar keluar dan masuk.
Merekodkan nama-nama pelajar yang melanggar peraturan sekolah khususnya para pelajar yang lewat dan tidak memakai uniform sekolah yang lengkap.
Memastikan semua pelajar berada di dataran kejat semasa perhimpunan.
Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital / ke rumah
Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon
Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
        Buku Rekod Murid Lewat
        Buku Salah Laku Murid 
        Buku Kebenaran Murid Keluar Sekolah
        Buku Rekod Kemalangan dan Kecelakaan  

GURU KEEMPAT:
Memantau dan mengawal para pelajar di kantin pada waktu rehat.
Memastikan para pelajar tidak ke kantin pada waktu selain waktu rehat.
Mengawasi kebersihan makanan di kantin dan kebersihan di kawasan kantin.
Menguruskan pelajar-pelajar yang sakit dan mengambil tindakan sewajarnya.
       Buku Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
       Buku Program Susu 1 Malaysia (PS1M) 
       Buku Rekod Kebersihan Tandas
       Buku Rekod Denggi 

TIP MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEBELUM PEPERIKSAAN
Elakkan konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi.
Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan mata pelajaran.
Ulangkaji nota secara konsisten.
Bina dan jawab soalan daripada nota.
Berjumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan.
Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.
Jadi guru dan ajar rakan-rakan anda berkaitan sesuatu topik.
Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan mata pelajaran tepat.
Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.

PADA HARI PEPERIKSAAN
Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan.
Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan.
Datang awal ke dewan peperiksaan.
Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama rakan.
Berfikiran positif dan bersikap optimis.
Bercakap dengan rakan sekiranya ia dapat memberikan ketenangan kepada anda.

SEMASA PEPERIKSAAN
Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri.
Baca arahan dengan teliti.
Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.
Baca setiap soalan dengan teliti.
Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.
Uruskan masa bagi menjawab dan menyemak jawapan bagi setiap soalan.
Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberikan perhatian pada soalan yang sukar.
Lakarkan jawapan dengan menggunakan peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.
Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pensel terang (hitam).
Jawapan hendaklah padat dan mudah dibaca.

SELEPAS PEPERIKSAAN
Elakkan daripada berbincang bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.
Yakin lah bahawa anda telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan.
Bertenang dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang berikutnya.

PETUA MENDAPAT KEBERKATAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan.
Mengambil air sembahyang.
Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan.
Membaca Bismillah.
Membaca surah Ash-Syarh sebanyak sepuluh (10) kali sebelum mula menjawab soalan.
Memohon doa kepada Tuhan.

Batas Pergaulan Lelaki & Perempuan

Pertemuan antara lelaki dan perempuan pada zatnya tidaklah haram. Sebaliknya ia merupakan perkara yang dituntut sekiranya niat daripada pertemuan itu ialah untuk bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.

Antaranya ialah untuk menuntut ilmu, bekerjasama dalam menjayakan program-program yang baik, jihad yang dituntut atau apa sahaja kerja yang memerlukan gembelengan tenaga daripada lelaki dan perempuan, sama ada ketika merancang ataupun di peringkat perlaksanaan.

Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa semuanya itu memberi ruang kebebasan kepada kedua golongan itu untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak pada setiap pertemuan yang berlaku di antara kedua belah pihak. Tiada siapapun boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dibimbangkan terhadap diri mereka. Mereka sebenarnya mahu menjadikan kita seperti masyarakat barat.

Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada di dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam. Antaranya ialah:-

1. Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan, jangan melihat pada aurat, jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang dengan pandangan yang lama tanpa ada keperluan. Firman Allah: Maksudnya: " Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada melihat yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…" (Surah An-Nuur:30,31)

2. Wanita hendaklah memakai pakaian yang digariskan oleh syarak, iaitu yang menutupi seluruh anggota badannya melainkan muka dan dua tapak tangannya sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan.

3. Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki:

a. Ketika bercakap: Pastikan ia jauh daripada sebarang nada yang menggoda atau memberahikan. Firman Allah; Maksudnya: " Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasabercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan dalam hati orang yang ada penyakit (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Al-Ahzaab: 32)

b. Ketika berjalan: Berjalanlah dengan sopan dan penuh tertib.Sebagaiman firman Allah: Maksudnya: "… dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka…" (An-Nuur:31)

Dia hendaklah berjalan sebagaimana yang disifakan oleh Allah s.w.t: Maksudnya:"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu…" (Al-Qasas:25)

c. Ketika melakukan gerakan: Elakkan daripada melakukan gerakan yang manja, seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpamanya seperti yang disebut di dalam hadis sebagai al-mumailaat al-maa'ilaat (menggoncang-goncangkan). Perkara ini termasuk dalam kategori mendedahkan aurat sebagaimana yang dilakukan oleh jahiliah dahulu dan jahiliah moden.

4. Menjauhkan daripada menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwatnya seperti wangi-wangian dan sebarang `make-up' (alat solek) yang berwarna-warni yang sepatutnya hanya digunakan di rumah sahaja, bukan untuk keluar rumah dan tidak juga ketika untuk bertemu dengan kaum lelaki.

5. Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa ada bersama muhrimnya. Banyak hadis-hadis yang sahih melarang keras perbuatan tersebut dengan sabdanya yang bermaksud;"…kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain dan tidak bukan adalah syaitan."

6. Pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu sahaja ataupun pada urusan yang memang menuntut kedua-duanya untuk hadir bersama tanpa berlebih-lebih dan melampau. Dan yang paling penting, perkara ini hendaklah berlaku tanpa menjejaskan fitrah kewanitaannya atau menyebabkannya terdedah kepada kata-mengata atau menganggu tugasnya yang cukup mulia iaitu menjaga keluarga serta mendidik anak.

Dan Allah jualah penunjuk kepada jalan yang benar

Oleh : Dr Yusuf al-Qardawi, jilid 5 & 6, Fatwa Masa Kini