HEM SKTD3

LCD Text Generator at TextSpace.net

Khamis, 17 Mei 2012

PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH



Sila klik pautan dibawah
SURAT PEKELILING IKHTISAS KANTIN SEKOLAH 2/1983

Dicatat oleh UNIT HEM SKTD3 di 7:28 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rabu, 16 Mei 2012

LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT


 


Pekeliling Bilangan 2/2009 bertajuk Penguatkuasaan dan Larangan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid di Sekolah

Sila rujuk pautan Surat Pekeliling di bawah

Pekeliling Bilangan 2/2009 bertajuk Penguatkuasaan dan Larangan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid di Sekolah
Dicatat oleh UNIT HEM SKTD3 di 3:43 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

HALAMAN

  • LAMAN UTAMA
  • VISI, MISI & OBJEKTIF
  • ORGANISASI
  • UNDANG-UNDANG DAN PANDUAN PELAJAR
  • BIMBINGAN DAN KAUNSELING
  • RMT DAN PS1M
  • KANTIN
  • WARGA ASING
  • ANAK YATIM
  • MAKDIS
  • AKTIVITI 2012
  • ANALISIS KEDATANGAN MURID
  • PEKELILING
  • MUAT TURUN BAHAN

PENDAHULUAN

Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya. Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh Bahagian HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.

MATLAMAT

Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

MENJANA BUDAYA KERJA PENYU

"Budaya kerja kita adalah budaya 'penyu', iaitu terus berusaha dan berusaha, dengan diam, mengorek lubang membuat sarang, senyap-senyap mengumpul telur ratusan butir, dengan titisan air mata, jarang kita dengar penyu berkekeh-kekeh ketawa. Budaya kerja kita bukan budaya ayam yang berketuk heboh, mencanang seluruh kampung memberi khabar, rupa-rupanya dia hanya mengeluarkan sebiji telur."

BEKERJA DENGAN IKHLAS

"Kita bekerja dengan ikhlas. Semangat itu lahir dari dalam diri. Kita difahamkan dengan erti 'keberkatan' dalam hidup. Justeru, kita buat betul-betul dan bersungguh-sungguh kerana pemantau kita sebenarnya bukan ketua kita, tetapi Tuhan."

SEJAHTERA AKHIRAT

Visi jangka panjang kita ialah 'Sejahtera Akhirat'. Justeru, sama ada guru besar berada di sekolah ataupun tidak, kita tetap menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan tekun dan istiqamah. Disiplin datang dari dalam diri masing-masing, tidak perlu peringatan ataupun tekanan dari luar.

CERITA PUAN HAJAH AMINAH

Dia tidak pernah menolak sebarang kerja yang diamanahkan kepadanya. Sebagai guru cemerlang, dua bukan sahaja banyak tugas rasmi di sekolah, tetapi kepakarannya diperlukan juga di peringkat daerah, negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerap juga dia terpaksa bertugas di luar sekolah. Namun, dia bijak mengurus diri dan masa menghadapi tugas yang pelbagai itu. Semua kelas yang ditinggalkan ketika bertugas di luar, dipastikan ada pengganti. Antara cara mengganti kelas yang ditinggalkan itu :

1. Tukar waktu mengajar suka sama suka dengan kawan yang mengajar kelas yang sama tetapi berlainan subjek, sebelum ataupun selepas hari dia keluar.

2. Buat kelas khas pada hari Sabtu ataupun Ahad sama ada pagi, petang, ataupun malam mengikut kesesuaian masa.

3. Sekiranya terdesak, dia memang ada menyediakan koleksi latihan bertulis bagi mata pelajaran yang diajar. Ketua kelas akan mendapatkan bahan latihan dan mengedarkannya kepada semua pelajar. Sekiranya guru ganti masuk, hanya perlu mengawasi kelas. Sekiranya guru ganti tiada, pelajar kelasnya tidak pernah menumbulkan masalah. Jelas mereka adalah 'Anak yang baik mendengar kata'.

"Biarlah saya penat dan susah di dunia ini supaya saya tidak susah di akhirat nanti".

IKHLAS

Rasullah menyatakan yang bermaksud,

"Sebaik-baik pekerjaan adalah pekerjaan seorang pekerja yang apabila dia bekerja, dia melakukannya dengan sebai-baiknya."

Hadis riawayat Ahmad.

....Melakukan pekerjaan dengan sebaib-baiknya sama maksudnya dengan bersungguh-sungguh. Sikap bersungguh-sungguh lazimnya terbit daripada hati orang yang ikhlas. Semua perkara yang kita buat di dunia ini menjadi ibadah sekiranya kita ikhlas. Ikhlas menjadikan kita fokus dalam melaksanakan apa jua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

TELITI

"....dan teliti dalam menjalankan tugas....."

Sifat teliti sewajarnya dimiliki oleh semua, tidak kira apa pun kedudukan kita dalam organisasi.

Kata Rasulallah yang bermaksud,

"Sesungguhnya Tuhan suka sekiranya seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan baik dan teliti"....Hadis riawayat al-Baihaqi.

Enam contoh teliti :

1. Menyemak setiap tugasan dengan teliti, sehinggakan tertinggal tanda'koma' pun dapat dikesan.

2. Setiap arahan perbendaharaan, pekeliling perkhidmatan dan sebagainya dilaksanakan dengan sebaiknya. Contohnya punch card, waktu kehadiran, dan keluar masuk guru dan staf perlu diambil berat.


3. Tidak berkompromi dengan perkara yang tidak betul.

4. Tidak memandang remeh setiap tugas, semunya diteliti dan dihalusi.

5. Tidak menerima adu domba. Perlu siasat sendiri atau menyelidik setiap kesilapan yang dilakukan.

6. Menegur dengan baik setiap kali melakukan kesilapan. Ini dapat mendidik seseorang menjadi lebih teliti dan melaksanakan tugas yang diamanahkan.


PESAN IBU

"Berbuat baiklah kamu kepada semua orang walaupun orang itu berbuat jahat kepada kamu. Sedikit pun tidak rugi apabila kamu berbuat baik kepada orang, malahan kamu mendapat untung".

Kata-kata ibu itu terpahat di hati sanubari saya dan saya berusaha menghayatinya. Orang di sekeliling kita menerima kita dengan baik sekiranya kita yang memulakannya. Contohnya apabila bertemu, kita yang menyapa mereka terlebih dahulu walaupun pangkat kita lebih tnggi. Sikap sedemikian biasanya boleh mewujudkan suasana harmonis dan kedua-dua pihak tidak rasa tertekan.

Sekiranya ada oang berbuat jahat kepada kita, maka sama-sama kita jadikan Rasulallah sebagai idola. Rasulallah tidak pernah membalas apa jua kejahatan orang kepadanya, sebaliknya beliau terus berbaik-baik dengan mereka dan mendoakan mereka mendapat taufik dan hidayah daripada Tuhan supaya orang itu berubah menjadi baik. Sifat ini yang menambat hati umat akhir zaman. Tepat apabila kita katakan , lebih banyak kita berbuat baik kepada orang, insya-Allah lebih banyak kebaikan yang kita terima daripada orang lain tanpa diminta.

INOVASI

Inovasi merangsang kita berfikir dan bertindak membuat atau mencipta sesuatu yang belum pernah dilakukan ataupun dicipta orang lain.

Inovasi di sekolah tidak semestinya memerlukan belanja besar, tetapi yang penting mendatangkan faedah dan berkesan kepada warganya.

NISBAH



Fikirkan nisbah hasil kerja dengan sumber yang telah digunakan.

KIRA PER UNIT KOS
PER JAM, PER HARI, PER KEPALA

Kalau kerja memasang jubin pada satu bilik, Kira kos dan bahagi luas bilik.

Kalau majllis 1000 orang belanja RM10 000 kos perkepala adalah RM10 - Biasa.

Kira impak sesuatu majlis dengan kos yang dikeluarkan.

Kalau kita boleh arahkan panglima perang yang boleh menggerakkan askar. Kita hanya perlu menjemput panglima. Tak perlu memanggil semua askar. Pengurus yang hebat adalah meraka yang boleh meghasilkan panglima yang hebat.

Mesyuarat 1 jam - Biasa
Mesyuarat 1 jam perjalanan 1 hari - Rugi
Mesyuarat 2 hari - Biasa
Mesyuarat 2 hari tapi tidak banyak hasil - Rugi

PENGIKTIRAFAN


Pengetua SMK Pemanis buat banner bagi setiap aktiviti - HEBAT

PPD Batu Pahat buat banner bagi aktiviti bulanan - PUN Hebat
Pelajar Pendidikan Khas Dato' bentara Dalam buat laporan pencapaian bentuk penanda buku - Lagi HEBAT

Di sekolah....

Melihat lukisan, air terjun, pasu bunga di galeri organisasi - Biasa

Melihat nama personel yang melukis, menjaga bahan itu dicatatkan hasil kerja mereka - HEBAT

QUALITY


Sentiasa amalkan kualiti dalam pengurusan.

Kualiti adalah buat yang terbaik. Kita perlu ada standard sendiri atau memakai standard organisasi orang lain. Standard ini boleh diterjemah dalam bentuk markah, peratus atau gred.

Sentiasa membuat post-mortem dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan. Sentiasa lihat dan baca laporan perjalanan aktiviti. Samaada ia merupakan aktiviti besar atau rutin harian. Dapatkan senarai kelemahan semasa aktiviti berjalan.

Seorang kawan saya mempunyai tabiat mencatat kelemahan aktiviti yang dia hadir bagi tujuan membaiki dirinya. Dia juga mencatat dan memuji kebaikan majlis yang dihadirinya. ini sikap yang hebat.

Tanya pada diri kita apakah standard yang diguna pakai oleh kita. Apakah standard ini diguna pakai di peringkat tinggi atau amalam-amalan yang ke belakang.

SEMUA KERJA PERLU BERKUALITI - HEBAT
ORANG YANG HEBAT MENJADI HEBAT KERANA KUALITI

ARKIB BLOG

  • ▼  2012 (9)
    • ►  Julai (7)
    • ▼  Mei (2)
      • PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH
      • LARANGAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT

SEJAK 16 MEI 2012

MOHD FAUZI BIN SAEM (0197871001). Tema Awang-gemawang. Dikuasakan oleh Blogger.